Ezerra Yang Paling Tepat Bagi Anak Anda

Bukan semua masalah ekzema itu sama…

Jika kulit anak anda itu kering dan gatal, krim ekzema yang mujarab seperti Krim atau Salap Ezerra adalah pilihan yang paling tepat. Rawatannya mengurangkan rasa gatal, melegakan kulit dan melembapkan kulit secara mendalam dengan cara menyerap, menahan dan mengawal kandungan lembapan agar kulit yang mudah mendapat ekzema sentiasa terasa nyaman dan selesa.

Tetapi jika kulit anak anda teramat gatal dan telah digaru, maka kulitnya berisiko terkena jangkitan yang boleh memburukkan rasa tidak selesa lalu menyebabkan anak anda lebih banyak menggaru. Untuk menghentikan kitaran gatal, garu, semakin gatal, semakin menggaru ini, anda perlukan krim ekzema seperti Ezerra Plus yang boleh menguatkan sistem pertahanan kulit anak anda sendiri supaya dapat melindunginya daripada kuman, bakteria dan anasir lain yang menyebabkan jangkitan. Kuasanya melawan rasa gatal akan melegakan ekzema, menghentikan rasa gatal dan mengukuhkan fungsi kulit supaya anak anda tidak lagi resah gelisah kerana menggaru kulit yang kering lagi sensitif.

eczema treatment