MEMBERSIH

Ezerra Extra Gentle Cleanser 150ml & 500ml

Pencuci Ezerra Extra Gentle Cleanser bebas daripada SLS/SLES dan bertindak tiga kali lebih lembut berbanding dengan pencuci lain dalam pasaran. Pencuci ini selamat digunakan seperti air untuk membersihkan kulit yang sensitif tanpa mengganggu faktor pelembap semula jadi kulit. Gunakan sebagai pencuci harian semasa mandi.

Tindakannya:

  • Membersihkan kulit sambil melembapkannya tanpa mengganggu rintangan kulit yang semula jadi.
  • Dapat melegakan rasa gatal dan tidak selesa.

Bahan aktif :

  • Stimutex-AS, bahan semula jadi yang berciri seakan-akan antihistamina, melegakan pruritis (gatal-gatal) dan eritema (merah-merah).
  • Sakarida Isomerat, sejenis pelembap semula jadi yang bertindak seperti magnet air, melembapkan kulit sehingga jauh ke dalam dan memulihkan fungsi rintang kulit.
  • Amisoft, sejenis surfaktan yang diekstrak daripada kelapa, sangat lembut dan ringan, dan selamat seperti air untuk membersihkan kulit tanpa mengganggu Faktor Pelembap Semula Jadi kulit. Bahan ini bebas daripada SLS/SLES.

Cara Menggunakannya:

Sapukan sedikit pada kulit atau lumurkan dengan tuala kecil yang basah, kemudian ratakan perlahan-lahan ke seluruh kawasan kulit. Jangan gosok kuat-kuat. Bilas dengan air bersih.

Selepas mandi, sapukan Ezerra Cream (krim) atau Ezerra Ointment (salap) terus pada kawasan kulit yang berekzema dan/atau Ezerra Lotion (losen) untuk melembapkan seluruh badan.