MEMELIHARA

Ezerra Lotion 150ml

Losen harian ini sesuai digunakan selepas mandi untuk memelihara kelembapan pada permukaan kulit yang luas. Gunakan seberapa kerap yang boleh walaupun selepas ekzema hilang.

Tindakannya:

  • Menahan kelembapan kulit dan membantu memulihkan fungsi rintang kulit.
  • Mengurangkan kekeringan dan rasa gatal agar kulit sentiasa terasa selesa.

Bahan aktif :

  • Stimutex-AS, bahan semula jadi yang berciri seakan-akan antihistamina, melegakan pruritis (gatal-gatal) dan eritema (merah-merah).
  • Sakarida Isomerat, sejenis pelembap semula jadi yang bertindak seperti magnet air, melembapkan kulit sehingga jauh ke dalam dan memulihkan fungsi rintang kulit.

Cara Menggunakannya:

Sapukan pada kulit yang bersih, sebaik-baiknya selepas mandi dengan menggunakan pencuci Ezerra Extra Gentle Cleanser.

Ratakan losen perlahan-lahan ke seluruh badan. Sapukan 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika perlu.